Selasa, 16 Ogos 2011

RAMADHAN BULAN AL-QURAN

Assalam Semua & Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran.
Alhamdulillah,sudah hari ke-16 kita menyambut Ramadhan. Esoknya, 17 Ramadhan. Anak sulung yang pertama dilahirkan. Kini sudah 8 tahun umurnya. Nurin Rasyiqah (cahaya cantik, rajin, cepat dan pantas).
Ya Allah,Kau berkatilah hidup, Nurin Rasyiqah supaya menjadi anak dan seorang isteri yang solehah, seorang ibu yang mithali (jika panjang umur)dan dilimpahkan kebahagiaan, kesihatan, kekayaan, kejayaan dan kebijaksanaan, dunia dan akhirat. Amin.


Sewaktu umur 7 bulan

Ramadhan yang penuh keberkatan disambut oleh Mukmin dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana bulan ini dipenuhi rahmah, pahala, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.
Ramadhan bulan yang diturunkan al-Quran. Kita disyariatkan agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran. Hidupkan bulan ini dengan tilawah, taddarus serta mengamalkan al-Quran sepenuhnya kerana pada bulan ini syaitan-syaitan penghasut manusia telah dibelenggu. Inilah peluang kita untuk meraih takwa dan ganjaran amal ibadat yang telah dijanjikan oleh Allah untuk hamba-hambaNya yang beriman.
Membaca al-Quran itu adalah satu perniagaan yang sangat menguntungkan pada setiap tempat, masa dan sepanjang tahun. Tetapi bulan Ramadhan, ia mempunyai kedudukan dan tempat yang sangat tinggi. Nabi s.a.w memberi penekanan yang lebih kepada al-Quran dalam bulan ini kerana ada beberapa sebab.
1. Wahyu pertama diturunkan adalah pada bulan Ramadhan, pada malam Jibrail a.s datang membacakan surah al-'Alaq, ayat 1~5 kepada baginda.
2. Pada bulan Ramadhan juga, al-Quran diturunkan dari Lohmahfuz ke langit dunia.
3. Jibrail a.s datang bertemu Rasulullah s.a.w untuk mengulang kaji (tadarus) al-Quran pada setiap malam pada bulan Ramadhan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...