Isnin, 18 April 2011

Misi berjaya...Yahoo!!!

 Permata hatiku...
Assalamualaikum dan salam ceria 1 Malaysia. Perasaan dan fikiran anda ok? harap-harap ok, hendaknya. 
Ina nak cerita ni... hal misi yang dah berjaya dan nak berkongsi dengan anda, yang sudah bergelar ibu, bakal ibu atau yang masih bujang. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Ina menyusukan anak sampai 2 tahun (dah 2 tahun 1 bulan). Betapa seronoknya... sekarang ni tengah cuba untuk menceraikan susu dari Muhaimin, namanya. Bila dah banyak gigi, kerap sangat bahagian penyusuan itu luka. Masa anak yang sulung hanya menyusukan 8 bulan sahaja, tak byk susu. Betul ke??? Salah... Sebenarnya cara penyusuan itu mesti betul. Cara-cara penyusuan dan pemakanan yang betul akan membantu penambahan susu. Ina banyak mendapat info tentang penyusuan  di sini... bermula di sinilah semangat berkobar-kobar nak menyusukan anak sehingga 2 tahun. Ibu-ibu dan bakal ibu yang bekerja atau tidak bekerja ambillah manfaat dari blog ini. Bukan itu sahaja dalam blog ini juga Ina jumpa lampin pakai semula (cloth diaper) dan menggunakannya. Bagi ibu-ibu yang mahukan anak ramai, eloklah gunakan lampin ini, jimat dan mesra alam.
Kepada kawan-kawan yang baru lepas bersalin berikan lah anak susu ibu, sehingga berumur 2 tahun. Selamat berjaya! Sekian, jumpa lagi.
Wasalam.





































































































 




















































































































































































































































































































































































































Sabtu, 9 April 2011

Lama tak up date... rindu rasanye...


Assalamualaikum.. Apa khabar semua? Lama kan blog ni tak ada citenye. Rindu... nyer. Bila klik blog org lain, nak jugak ada blog sendiri, tapi mcm nilah jadinyer...lama tak kemas kini.
Sejak kebelakangan ni, suka menjenguk blog masak memasak. Rajin dia org ni ke dapur. Adanye ideal... tengok gambar aje pun dah terliur...hehehe. Jom skodeng blog-blog di bawah<<<>>>
dayangjack.blogspot.com 
ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com 
secubitgaramnor67.blogspot.com 
mamawandiha.blogspot.com 


Oklah... kalau jumpa blog yg lain lagi menarik yg hebat dan yg cun kita berkongsi.
Wassalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...