Isnin, 24 Mei 2010

TIP GULA-GULA

 
Salam dan selamat sejahtera. Sudah sebulan tak kemaskini kan blog ni. Kalau sebulan sekali pun tak ape yer...kawan2. Sekurang2nya ada jugak artikel yang nak dikongsikan bersama. Hari ini saya ingin berkongsi satu artikel yang pernah saya baca beberapa hari lepas yang membincangkan mengenai keburukan dan kesan jangka panjang gula-gula kepada kanak-kanak.
Saya pasti jika saudara/ri mempunyai anak kecil, saudara/ri akan perasan mereka cukup sukakan gula-gula. Hal yang sama juga terjadi pada anak saya.Dan bagi sesetengah ibu-bapa, cara termudah untuk memujuk anak mereka yang menangis adalah dengan memberikan gula-gula. Mesti anaknya diam lepas tu.
Tapi  menurut artikel yang saya baca tersebut, gula-gula sebenarnya mengandungi bahan campuran yang didakwa boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.
Selain dari itu, bahan didalam gula-gula juga boleh menjadikan kanak-kanak hiperaktif, gelisah dan nakal.
Bukan itu saja... pengambilan gula-gula dalam kuantiti yang banyak dan kerap juga boleh menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk, mengurangkan kecergasan dan menjejaskan pencapaian dalam pelajaran.
Selama ini yang selalu ditekankan tentang gula-gula ialah ia boleh menyebabkan kerosakan gigi. Rupa-rupanya, ada banyak lagi faktor lain yang menyebabkan pengambilan gula-gula dikalangan anak-anak perlu dikawal oleh ibu bapa.
Nampaknya lepas ni kita perlu fikirkan cara lain untuk pujuk anak-anak, setiap kali mereka meragam. Bukan apa, kadang-kadang anak-anak tu meragam sebab nak gula-gula... Adakah anak-anak saudara/ri juga berperangai macam tu?
Jika ya, cara-cara berikut mungkin boleh di praktikkan bagi mengatasi masalah anak yang mahukan gula-gula:
  • Alih perhatian mereka kepada aktiviti lain atau barang mainan yang digemari oleh anak.
  • Gantikan gula-gula dengan buah-buahan seperti tembikai, betik, pisang,dan buah epal. Buahan-buahan bukan sahaja mengandungi air tetapi kaya dengan vitamin C.
  • Elakkan dari menyimpan gula-gula dirumah. Jika anak nampak mesti dia minta
  • Seeloknya elakkan dari memperkenalkan gula-gula kepada anak dibawah usia 2 tahun. Tetapi kadang kala, persekitaran dan kawan-kawan turut mempengaruhi tabiat pemakanan anak kita. Seperti saya sendiri, kadang-kadang anak saya dapat gula-gula dari atuk, opah, mak/pak saudara serta sepupu nya. Jika dalam situasi begini, saya akan minta gula-gula yang masih ada dan sorokkan atau buangkan ke dalam tong sampah...he..he...
Baiklah saudara/ri, itu saja buat kali ini. Insya Allah kita akan bertemu lagi di masa akan datang. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...