Ahad, 28 Mac 2010

ANUGERAH

Salam Sayang semua,
Sudah seminggu sekolah bermula selepas cuti sekolah. Rasa penat minggu ini, apa tidaknya anak kecilku demam. Aku pun senasib dengannya, batuk dan ulser mulut memang menyakitkan.Kalau anak jatuh sakit siapa yang kelam kabut, mestilah kaum ibu. Tidur malam tak lena dibuatnya. Setelah bergelar ibu, baru aku tahu bukan senang tugas seorang ibu. Mak, terima kasih atas pergorbananmu kepada kami.
Jom berkongsi sedikit cebisan di bawah.

--------------
Anak adalah anugerah Tuhan yang wajib dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap pasangan suami isteri. Anak ibarat barang pinjaman,apabila sampai 'tempoh janjinya' mereka akan dipulangkan semula kepada 'Pemiliknya'. Jadi bentuklah keperibadian mereka sebaik mungkin. Peribahasa Melayu mengatakan, "HENDAK MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA."
Kita bertanggungjawab mencorakkan kehidupan mereka agar menjadi insan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan yang paling penting jiwanya. Oleh itu  berikanlah didikan agama sebaik yang mungkin kepada mereka.
Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takut pada Tuhan. Mereka  perlu dididik supaya menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi. Mereka perlu dididik untuk mengabdikan diri kepada Tuhan dan menjadikan cinta agung mereka. Mereka juga perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan.
Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Apabila kita mati, anak seperti ini akan berdoa untuk kita. Doa mereka tidak berhijab. Kita juga akan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak kita di dunia berkat dididikan dan ilmu yang telah kita curahkan kepada anak.

Hadis ada menyebut:
"Bila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."

AKHIR KATA: "DIDIKLAH ANAK DENGAN LEMBUT DAN TEGAS. JANGAN BERLEMBUT SAHAJA NANTI DIA MEMIJAK KEPALA KITA. JANGAN BERTEGAS SAHAJA KELAK DIA AKAN MEMBENCI KITA."

SEKIAN

Khamis, 25 Mac 2010

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera 1 Malaysia. Terima kasih kepada Tuhan kerana memberi peluang kepada diriku untuk membuat coretan di dalam blog ini. Blog ini baru saja diterbitkan. Banyak perkara yang  perlu saya belajar. Harap saudara/ri dapat memberi tunjuk ajar, komen, pandangan dan kata-kata semangat kepada blog ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara/ri yang mengunjungi blog ini. Berilah pandangan atau komen yang membina supaya blog ini akan sentiasa sukses.

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...